Logo,
Misi, Visi dan Piagam Sekolah
BERILMU : Berusaha mewujudkan insan yang berilmu
IKHLAS : Hati suci, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab.
Disiplin diri yang tinggi.
BERBAKTI : Dengan ilmu yang diperolehi serta
dilengkapkan dengan
sifat ikhlas akan melahirkan
insan untuk berbakti dengan jujur dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa
dan negara.
KOMPUTER : Keutamaan penggunaan teknologi maklumat dalam
dunia
pendidikan.
BUKU : Tingginya martabat dan budaya ilmu.
OBOR MERAH : Semangat kesukanan serta aktiviti kokurikulum
yang
dilaksanakan di
sekolah.
BULATAN HITAM : Sains dan teknologi.
WARNA HIJAU : Kehijauan dan ketenteraman persekitaran
sekolah.
WARNA BIRU : Keharmonian dan perpaduan.
WARNA KUNING : Kepatuhan kepada Raja dan Negara serta
kepatuhan kepada
peraturan
sekolah.
WARNA MERAH : Simbol semangat ingin berjaya, daya saing dan
daya maju.
WARNA HITAM : Daya dan kecekalan hati dalam melaksanakan
sesuatu
tanggungjawab
tanpa jemu dan putus asa.
2.2.2 Misi
- Melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran terbaik bagi memastikan setiap pelajar memperolehi ilmu
pengetahuan secara optimum berteraskan sukatan dan rancangan pembelajaran
yang terancang.
- Memperkemaskan sistem disiplin yang ada
dengan berteraskan pendidikan agama serta menerapkan elemen kasih sayang
dalam perlaksanaan dan tindikan disiplin.
- Melaksanakan program pembangunan sukatan
yang terancang selari dengan kemudahan dan kemampuan tenaga guru dan
pelajar yang ada.
- Membuat dan melaksanakan blue print ke
arah pengwujudan sekolah ceria, bersih dan selamat.
- Melaksanakan program peningkatan kerja
warga sekolah melalui pendedahan dan latihan yang berterusan dalam bidang
kerjaya dan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab
masing-masing.
2.2.3 Visi
- Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan
Bako sebuah sekolah cemerlang menjelang tahun 2015.
2.2.4 Piagam
Sekolah
- Menyediakan dan memberi perkhidmatan
yang cekap dan berkesan lagi mesra kepada semua yang memerlukan.
- Menjalinkan persefahaman dan
permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
- Mendidik pelajar untuk menyerahkan
potensi ke tahap maksimum dalam semua aspek pembangunan insan.
- Membimbing pelajar untuk mencapai
kegemilangan dalam bidang akademik.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang
selamat, ceria dan harmoni.
- Mengamalkan budaya kerja cemerlang serta
sentiasa pragmatik untuk menangani perubahan.