Wednesday, January 22, 2014

Logo,misi,visi dan piagam SMK BAKO

  Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah




BERILMU                 :           Berusaha mewujudkan insan yang berilmu
IKHLAS                    :           Hati suci, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab. Disiplin diri yang tinggi.
BERBAKTI              :           Dengan ilmu yang diperolehi serta dilengkapkan dengan
sifat ikhlas akan melahirkan insan untuk berbakti dengan jujur dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
KOMPUTER            :           Keutamaan penggunaan teknologi maklumat dalam dunia
pendidikan.
BUKU                                    Tingginya martabat dan budaya ilmu.
OBOR MERAH        :           Semangat kesukanan serta aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah.
BULATAN HITAM :           Sains dan teknologi.
WARNA HIJAU       :           Kehijauan dan ketenteraman persekitaran sekolah.
WARNA BIRU         :           Keharmonian dan perpaduan.
WARNA KUNING  :           Kepatuhan kepada Raja dan Negara serta kepatuhan kepada
peraturan sekolah.
WARNA MERAH    :           Simbol semangat ingin berjaya, daya saing dan daya maju.
WARNA HITAM     :           Daya dan kecekalan hati dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab tanpa jemu dan putus asa.
2.2.2    Misi
  • Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik bagi memastikan setiap pelajar memperolehi ilmu pengetahuan secara optimum berteraskan sukatan dan rancangan pembelajaran yang terancang.
  • Memperkemaskan sistem disiplin yang ada dengan berteraskan pendidikan agama serta menerapkan elemen kasih sayang dalam perlaksanaan dan tindikan disiplin.
  • Melaksanakan program pembangunan sukatan yang terancang selari dengan kemudahan dan kemampuan tenaga guru dan pelajar yang ada.
  • Membuat dan melaksanakan blue print ke arah pengwujudan sekolah ceria, bersih dan selamat.
  • Melaksanakan program peningkatan kerja warga sekolah melalui pendedahan dan latihan yang berterusan dalam bidang kerjaya dan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

2.2.3    Visi
  • Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bako sebuah sekolah cemerlang menjelang tahun 2015.

2.2.4    Piagam Sekolah
  • Menyediakan dan memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan lagi mesra kepada semua yang memerlukan.
  • Menjalinkan persefahaman dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
  • Mendidik pelajar untuk menyerahkan potensi ke tahap maksimum dalam semua aspek pembangunan insan.
  • Membimbing pelajar untuk mencapai kegemilangan dalam bidang akademik.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan harmoni.
  • Mengamalkan budaya kerja cemerlang serta sentiasa pragmatik untuk menangani perubahan.


No comments:

Post a Comment